BERITA DALAM TALIAN KURANG KREDIBILITI BERBANDING DENGAN AKHBAR ARUS PERDANA

Written on 08:01 by Adyra Zainal

Berita dalam talian kurang kredibiliti berbanding dengan akhbar arus perdana.  Mengapa ini terjadi? Adakah kerana berita yang didapati daripada talian kurang kesahihannya daripada berita yang diperoleh daripada akhbar arus perdana? Ataupun ada perkara lain yang membolehkan masyarakat berfikir selain daripada itu.  Perkara ini harus dijawab oleh sekalian masyarakat mengapa perkara ini boleh tercetus diminda mereka.  Pada pendapat saya, perkara begini berlaku mungkin kerana sudah menjadi kebiasaan mereka untuk mendapat segala maklumat ataupun berita daripada akhbar arus perdana daripada sumber lain.  Mereka akan membaca berita dalam talian tetapi mereka akan lebih percaya kepada berita daripada akhbar arus perdana. 

Berita dalam talian kurang kredibilitinya kerana berita yang diperoleh daripada dalam talian belum tentu kebenarannya daripada berita daripada akhbar arus perdana.  Berita dalam talian kurang kredibiliti kerana apa yang kita boleh lihat di zaman teknologi sekarang, setiap orang boleh mengekspresskan pendapat mereka melalui internet dan berkemungkinan juga mereka boleh membuat berita yang tidak betul melalui talian dan masyarakat membacanya dan boleh membuat konklusi dengan sewenang-wenangnya tanpa mengetahui kebenaran berita tersebut. 

Kebenaran mengenai sesuatu perkara berkemungkinan tidak akan diketahui dengan segera dan ia mungkin diketahui dalam jangka masa yang lama.  Disepanjang tempoh untuk kebenaran sesuatu perkara itu diketahui oleh masyarakat, berkemungkinan pelbagai spekulasi akan timbul disebabkan banyak pendapat daripada orang ramai.  Perkara yang tidak betul lama-lama akan menjadi betul pada mereka kerana pemikiran mereka telah dipengaruhi oleh berita-berita yang tidak benar itu.  Jika kebenaran itu sudah diketahui, ia akan mengambil masa yang lama untuk masyarakat menerima mengenai kebenaran tersebut. 

Ada diantara mereka yang senang untuk mempercayai segala berita daripada dalam talian, tetapi ada juga yang tidak mempercayainya bulat-bulat seperti mereka akan cuba untuk mencari kebenaran mengenai berita yang dibaca itu.  Bagi mereka yang terlalu taksub kepada internet, mereka akan lebih mudah untuk mempercayai segala perkara yang mereka tahu melalui dalam talian itu.  Di dalam talian, sesiapa sahaja boleh menulis.  Kesahihan mengenai satu perkara itu tidak semestinya betul di dalam talian.  Disebabkan itu kredibiliti berita dalam talian kurang daripada akhbar arus perdana.  Kebenaran adalah perkara yang begitu penting bagi sesiapa sahaja terutamanya bagi mereka yang menghadapi tuduhan pelbagai daripada orang ramai.  Mereka memerlukan kebenaran untuk mereka membuktikan yang mereka tidak bersalah bagi sesiapa yang tidak bersalah dan dianiayai oleh pihak tertentu.  Dan kebenaran juga adalah perlu bagi mereka untuk menunjukkan siapa yang salah dan siapa yang betul. 

Kebenaran dan kesahihan sesuatu berita itu mengukur kredibiliti sesuatu sumber itu.  Jika berita yang dikeluarkan itu kesemuanya adalah betul dan tidak bersimpang-siur, maka masyarakat akan mempercayainya tetapi jika sebaliknya masyarakat akan mula merasa ragu-ragu mengenai kebenaran sesuatu berita itu.  Itu juga membolehkan kita mengukur tahap kepercayaan masyarakat terhadap berita yang mereka terima itu iaitu mereka lebih mempercayai berita dalam talian ataupun berita daripada akhbar arus perdana. 

Kebanyakkan masyarakat lebih mengutamakan berita daripada akhbar arus perdana adalah kerana akhbar arus perdana telah diperkenalkan semenjak zaman dahulu lagi dimana kebanyakkan kita dibesarkan dengan menerima berita daripada akhbar arus perdana daripada zaman sekarang ni yang berita ada disampaikan melalui dalam talian.  Jadi, disebabkan kita telah dibiasakan dengan menerima berita daripada akhbar arus perdana segala yang ditulis di akhbar arus perdana lebih dipercayai daripada berita yang didapati daripada dalam talian.  Ia adalah sesuatu yang bagus dimana berita yang telah dikeluarkan dari dalam talian boleh dibaca oleh masyarakat.  Ia boleh membuka lebih pemikiran para pembaca mengenai sesuatu perkara untuk memikirkan tentang baik buruknya sesuatu perkara itu.  

Dunia siber yang bercelaru!

Written on 22:50 by Adyra Zainal

Pada zaman sekarang, semua orang boleh membuat konklusi pada sesuatu isu yang ada dengan sewenang-wenangnya. Kenapa? Kerana mereka akan mudah terpengaruh dengan segala yang telah disiarkan didalam dunia siber.

Kebebasan media juga pada zaman sekarang telah berleluasa dimana media siber ini menjadi tempat longgokan maklumat yang amat besar dimana orang ramai mudah untuk mengakses untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara.  Jika ianya adalah perkara yang positif, ia adalah elok tetapi jika perkara yang ingin dicari itu adalah negatif ia boleh mempengaruhi fikiran pembaca dan mereka akan mula untuk berfikiran negatif terhadap sesuatu isu yang timbul.  Kebebasan media juga tidak haruslah disalah gunakan oleh khalayak ramai kerana ia juga sebenarnya untuk memudahkan khalayak dalam mencari sesuatu maklumat tetapi ada sesetengah daripada mereka menyalahgunakan kebebasan media dan informasi siber ini.  Ia harus dielakkan daripada berlaku perkara-perkara sebegini. 

Saya amat bersetuju dengan penulis dimana beliau menyatakan tentang akhbar di Malaysia dimana Utusan Melayu yang amat tebal dengan ke-melayuannya dilihat sebagai satu kesalahan namun jarang untuk mereka cuba menyelinap betapa tebalkah ‘etnosentrisme’ akhbar cina dalam memperjuangkan kepentingan kaum cina sendiri.  Kita juga tidak tahu apa yang akhbar mereka mengenai melayu ataupun apa-apa isu yang timbul.  Ia adalah satu perkara yang tidak adil sebenarnya kerana akhbar melayu disalahkan manakala akhbar cina tidak disalahkan sama sekali ini kerana mereka akhbar mereka kebiasaannya akan dibaca oleh kaum mereka sendiri dan itu juga salah satu sebab membolehkan mereka untuk terdorong didalam sesuatu kepercayaan seperti politik dan sebagainya. 

Berkemungkinan juga, didalam akhbar cina mengata atau memburukkan hak Melayu dan sebagainya.  Mereka juga mungkin boleh menyatakan apa sahaja kerana dikalangan Melayu jarang yang boleh bertutur dan membaca akhbar cina.  Ia juga sebenarnya dilihat sebagai tidak adil disini kerana ia mungkin dipandang berat sebelah dimata sesetengah pihak. 

Kebebasan berita dan informasi siber ini tidak semuanya elok ataupun positif kerana ada juga kekurangannya kerana daripada media juga mereka boleh mengetahui atau mengakses dengan mudahnya sesetengah perkara sebagai contohnya adalah pornografi, agama sesat dan perkara negative lain.  Ia adalah sama sekali tidak bagus untuk generasi kita yang akan dating dimana pemikiran mereka akan lebih terdorong kepada perkara-perkara negative dan dengan informasi siber ini juga mereka boleh mengetahui segala selok-belok perkara yang tidak elok seperti yang diperkatakan oleh penulis dimana khalayak ramai boleh mengakses bagaimana caranya untuk membuat bom.  Ia adalah suatu perkara yang tidak elok untuk dipelajari oleh khalayak ramai terutamanya kanak-kanak dan remaja kerana apa yang kita tahu kanak-kanak dan remaja gemar mencuba sesuatu yang baru mereka pelajari.  Ini mungkin berlaku kerana sifat ingin tahu mereka tinggi dan mereka akan cuba untuk membuatnya. 

Perkara-perkara seperti ini hendaklah ditangani dengan segera supaya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku di Negara ini.  Dan selagi kita boleh elakkan daripada terjebak dengan pelbagai perkara yang tidak elok kita harus elakkan untuk menjamin keamanan Negara kita.  Kita tidak mahu perkara-perkara yang telah terjadi di luar Negara terjadi juga di Negara kita dan kita haruslah mengambil ikhtiar daripada apa yang telah banyak berlaku di Negara lain. 

Kita mahukan Negara yang berkembang maju dengan rakyat yang juga berfikiran jauh maju kedepan dan bukanlah rakyat yang penuh dengan sifat negative yang ada pada dirinya.