Dunia siber yang bercelaru!
Written on 22:50 by Adyra Zainal
Pada zaman sekarang, semua orang boleh membuat konklusi pada sesuatu isu yang ada dengan sewenang-wenangnya. Kenapa? Kerana mereka akan mudah terpengaruh dengan segala yang telah disiarkan didalam dunia siber.
Kebebasan media juga pada zaman sekarang telah berleluasa dimana media siber ini menjadi tempat longgokan maklumat yang amat besar dimana orang ramai mudah untuk mengakses untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara. Jika ianya adalah perkara yang positif, ia adalah elok tetapi jika perkara yang ingin dicari itu adalah negatif ia boleh mempengaruhi fikiran pembaca dan mereka akan mula untuk berfikiran negatif terhadap sesuatu isu yang timbul. Kebebasan media juga tidak haruslah disalah gunakan oleh khalayak ramai kerana ia juga sebenarnya untuk memudahkan khalayak dalam mencari sesuatu maklumat tetapi ada sesetengah daripada mereka menyalahgunakan kebebasan media dan informasi siber ini. Ia harus dielakkan daripada berlaku perkara-perkara sebegini.
Saya amat bersetuju dengan penulis dimana beliau menyatakan tentang akhbar di Malaysia dimana Utusan Melayu yang amat tebal dengan ke-melayuannya dilihat sebagai satu kesalahan namun jarang untuk mereka cuba menyelinap betapa tebalkah ‘etnosentrisme’ akhbar cina dalam memperjuangkan kepentingan kaum cina sendiri. Kita juga tidak tahu apa yang akhbar mereka mengenai melayu ataupun apa-apa isu yang timbul. Ia adalah satu perkara yang tidak adil sebenarnya kerana akhbar melayu disalahkan manakala akhbar cina tidak disalahkan sama sekali ini kerana mereka akhbar mereka kebiasaannya akan dibaca oleh kaum mereka sendiri dan itu juga salah satu sebab membolehkan mereka untuk terdorong didalam sesuatu kepercayaan seperti politik dan sebagainya.
Berkemungkinan juga, didalam akhbar cina mengata atau memburukkan hak Melayu dan sebagainya. Mereka juga mungkin boleh menyatakan apa sahaja kerana dikalangan Melayu jarang yang boleh bertutur dan membaca akhbar cina. Ia juga sebenarnya dilihat sebagai tidak adil disini kerana ia mungkin dipandang berat sebelah dimata sesetengah pihak.
Kebebasan berita dan informasi siber ini tidak semuanya elok ataupun positif kerana ada juga kekurangannya kerana daripada media juga mereka boleh mengetahui atau mengakses dengan mudahnya sesetengah perkara sebagai contohnya adalah pornografi, agama sesat dan perkara negative lain. Ia adalah sama sekali tidak bagus untuk generasi kita yang akan dating dimana pemikiran mereka akan lebih terdorong kepada perkara-perkara negative dan dengan informasi siber ini juga mereka boleh mengetahui segala selok-belok perkara yang tidak elok seperti yang diperkatakan oleh penulis dimana khalayak ramai boleh mengakses bagaimana caranya untuk membuat bom. Ia adalah suatu perkara yang tidak elok untuk dipelajari oleh khalayak ramai terutamanya kanak-kanak dan remaja kerana apa yang kita tahu kanak-kanak dan remaja gemar mencuba sesuatu yang baru mereka pelajari. Ini mungkin berlaku kerana sifat ingin tahu mereka tinggi dan mereka akan cuba untuk membuatnya.
Perkara-perkara seperti ini hendaklah ditangani dengan segera supaya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku di Negara ini. Dan selagi kita boleh elakkan daripada terjebak dengan pelbagai perkara yang tidak elok kita harus elakkan untuk menjamin keamanan Negara kita. Kita tidak mahu perkara-perkara yang telah terjadi di luar Negara terjadi juga di Negara kita dan kita haruslah mengambil ikhtiar daripada apa yang telah banyak berlaku di Negara lain.
Kita mahukan Negara yang berkembang maju dengan rakyat yang juga berfikiran jauh maju kedepan dan bukanlah rakyat yang penuh dengan sifat negative yang ada pada dirinya.
Kita mahukan Negara yang berkembang maju dengan rakyat yang juga berfikiran jauh maju kedepan dan bukanlah rakyat yang penuh dengan sifat negative yang ada pada dirinya.

saya sangat bersetuju dengan perspektif adyra zainal, di mana saya jyga percaya dewasa kini siber sudah menjadi suatu tempat penumpuan paradoks. rata-rata daripada kita meluahkan setiap apa yang mereka rasa di dunia siber.
Artikel yg bagus...
Agak memberangsangkan..
Topik yg awak bincang ni memg kena lah dgan zaman sekarg ni yg sebok dgan dunia IT..
Maklumlah budak kecik seawal umur 7 tahun pon da bleh ade laman sosial mereka sendiri..
Saya setuju la dgan artikel awak ni.. :-)
wahhh panjang la sis...
i go thru sikit2.if this is for assignment sila betulkan tatabahasa anda ye.
dunia siber mmg bnyk pro n con...
if kupas cuba buat mcm perbandingan zaman dulu dan kini.
i think this is a great article...
but im totally do not agree with rizwan zaini. he force me to ponteng comm law class pastu mengada2 nak dtg bila ada quiz. pastu bila lec x bg dtg mengada merungut :( mintak kaki nama nya tu
dah tu aku tdo dia kacau. !@#$ laaa...
:(
dyraaa....artikel yg membuka minda...good job..:D
ooo... betul ke?
x sangka plak rizwan zaini mcm tu...
This comment has been removed by the author.
Susunan ayat yg baik,anda juga telah memberikan contoh2 yg kukuh dan berkaitan dgan isu2 semasa,selain itu penggunaan tatabahasa juga baik,tetapi ada beberapa typo seperti 'negative',saya juga ingin mencadangkan untuk meletakkan sedikit peribahasa bagimenyerikan gaya baca.
saya bersetuju dengan pandangan saudari adyra..pandangan saudari begitu bernas mengenai kebesan media pada masa kini..
adyra..ini entri yg sgt baik...:D